Murid yg Pandaiiiiiii!!!!
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman
keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas
minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing
ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya,
akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya
akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...
Wad Sakit Mental
*Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung
didalam
sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang
malam dia
menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia
tidur.
Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari
jefridin, a
halim, L ramle. Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang,
agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam
telentang
pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap,
sampailah
malam.*
*Siwarder penjaga hospital ni, rasa heran jugak tapi malas nak tanya,
tapi
satu hari dia tanya jugak " Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi,
sekejap
telentang, sekejap meniarap" Jawap pesakit mental tu " Kalau
telentang tu
side A, meniarap tu side B la bodoh"*
Kenapa????????????
Rogayah mengigit bibir. Tangannya mengenggam erat tiang. Sejuk dari besi
yang kejab dalam genggamnya bagai bersatu dengan urat, menjalar dalam darah
dan seterusnya menghasilkan getaran pada tempurung lututnya.
Sungguh Rogayah tak paham, kenapa semua memandang? Kenapa semua orang
berbisik sambil tersengih atau mencebik lepas memandang ke arahnya.
Kenapa??? Whyyy?? Tapi semua itu hanya berkumpul dan berputar dalam kepala
hotaknya. Tak mampu diluahkan.
Rogayah memandang kasut. Hari ni dia pakai kasut kaler putih. Hujung kasut
itu tirus, dan tapaknya warna hitam. Rasanya kasut itu tak bersalah. Tak
mungkin kasut itu mampu mencuri perhatian.
Rogayah teliti pula seluar slacknya yang menyalut kaki. Takder sleknya!
Koyak kot? Tak mungkin, Rogayah berkira-kira sendiri. Seluar itu baru
dibelinya 2 minggu lepas. Kat Pasaraya Jasko. Kaler pun krim, takderlah
pelik benor ngan orang lain. Lainlah kalau kaler striking ke, pokka dot ke,
peliklah jugak.
Baju... Hari ni Rogayah pakai kemeja biru gelap. Pun tak pelik jugakkan ?
Tangan Rogayah cepat2 meraba butang baju satu persatu. Fuh lega! Semuanya
terletak elok. Baju berlengan 3/4 itu terletak elok dibadanya. Nak kata
seksi, seksi lagi amoi yang sedang tersengguk2 ngantuk didepannya. Baju
takde lengan, mini skrit... Memang tak heran la kalau semua orang
mengerling. Tapi kenapa aku?
Mungkin kah aku cun sesangat hari ni? Boleh jadi jugak, fikir Rogayah.
Hatinya mula kembang kencup. Tapi senyuman Rogayah mati semula. Seorang
makcik yang duduk dibangku sebelah kiri kemudian mengerling tajam. Kemudian
berbisik sesuatu ditelinga anak kecil sebelahnya. Rogayah lihat anak kecil
itu memandang tidak berkelip ke arahnya sambil tersengih.
Kenapaaaaa.....?? Sekali lagi Rogayah bertempik dalam hati.
"Stesen Tasik Selatan.." Rogayah melepaskan nafas lega mendengar penguguman
dari drebar LRT. Ah, kejab lagi segalanya akan berakhir, fikir Rogayah.
Mungkin semua orang yang duduk berhampirannya dalam LRT dah gila. Tak
pernah tangok perempuan cun cam aku kot, telah Rogayah lagi.
Rogayah tolak cermin kaca. Baru pukul 8.40 pagi. Rogayah jalan pelan2 ke
arah mesin punch card. Macam biasa, dia di antara orang yang paling awal
sampai opis.
"Morning..." Rogayah menugur kak Kiah, cleaner yang tengah sibuk mengelap
meja. Rogayah terus menuju maja. Kak Kiah memang serius orangnya. Nak
senyum pun susah, lebihkan CEO company pulak.
"Rogayah.." Rogayah menoleh ke arah Kak Kiah.
Aik? Senyum pulak orang tua ni pepagi ni!
"Rogayah tak puasa ke??"
Tangan kak Kiah menunjukkan ke arah bungkusan teh tarik dan nasi lemak
ditangan rogayah .
Arghhhh... Patutlah!!!!
Kali ini Rogayah tak bertempik dalam hati lagi, memang menjerit betul2!!
Hari pertama Ramadhan 1427 akan dikenang Rogayah sampai bila2...
Moral: Kalau tak posa tu cover2 la...org lain senggugut jugak..
Sekian. Time kasih





0 comments:
Post a Comment