| Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat
sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh
letakkan semula
gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku
yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam
tadi. Habis
satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok
imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku
dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. |
0 comments:
Post a Comment